Betulkah Selipar Nabi Naik Sampai ke 'Araysh?

Oleh : Ustadz Abdul Kadir
Oleh : Ustadz Abdul Kadir
Bagi menjawab soalan ini, saya nukilkan di sini kenyataan alLaknawi di dalam kitabnya alAthar alMarfu'ah fi alAkhbar alMaudhu'ah, halaman 92-93, di bawah bab: ذكر بعض القصص المشهورة yang bermaksud: "Penyebutan Sebahagian Kisah-kisah yang Masyhur."
Kata beliau: "Kami akan sebutkan di sini sebahagian kisah yang paling banyak disebut oleh para penceramah yang menyampaikan peringatan di zaman kita ini di dalam majlis-majlis nasihat. Mereka menyangka kisah-kisah itu thabit sedangkan ianya REKAAN dan PALSU. Antara kisah tersebut iaitulah apa-apa yang mereka kisahkan bahawasanya (kononnya) ketika mana Nabi SAW diisrakkan pada malam Mi'raj ke langit-langit, sehingga baginda sampai ke 'Arasyh yang ditinggikan, baginda hendak menanggalkan dua sandal baginda kerana mengambil pengajaran dari firman Allah (Taala) kepada Nabi Musa AS ketika berbicara dengan baginda (Nabi Musa):
Maksudnya: "Maka tanggalkanlah kedua-dua sandalmu (wahai Musa), kerana sesungguhnya engkau sekarang berada di lembah Tuwa yang dimuliakan." (Taha: 12) Lalu (apabila baginda Nabi Muhammad SAW hendak menaggalkan dua sandalnya) diseru dari arah yang tinggi:
"Wahai Muhammad, jangan kamu tanggalkan dua sandalmu, sesungguhnya 'Arasyh berbangga dengan kehadiranmu dalam keadaan bersandal dan ia bermegah ke atas (makhluk) lainnya dalam keadaan diberkati."
Lalu Nabi SAW naik ke 'Arasyh dalam keadaan pada dua kaki baginda bersandal, baginda memperolehi keagungan dan ketinggian dengan sedemikian itu.
Kisah ini disebut oleh sekumpulan penulis syair-syair pujian. Sebahagian mereka memasukkannya pula dalam tulisannya. Kebanyakan para penceramah di zaman kita ini pula menyebut kisah ini sama ada secara panjang atau ringkas di dalam majlis-majlis memberi peringatan (majlis-majlis tazkirah mereka). Sesungguhnya Ahmad alMaqarri alMaliki (Qadhi di Fes, Morocco. W1041H di Mesir) telah menyatakan di dalam kitabnya Fath alMuta'al fi Madh Khair alNi'al, demikian juga al'Allamah Radhiy alDin alQazwin (Ulama hadis 'Iraq, W750H di Baghdad), dan Muhammad bin 'Abd alBaqi alZarqani (alAzhari alMaliki, penutup ulama hadis di Mesir. W1122H) di dalam Syarh alMawahib alLaduniyyah bahawa kisah ini adalah PALSU keseluruhannya, semoga Allah memburukkan sipemalsu kisah ini dan tidak pernah thabit dalam mana-mana riwayat dari riwayat-riwayat kisah Mi'raj Nabi SAW, sekalipun banyak jalan periwayatannya yang menyebut baginda bersandal pada ketika itu. Tidak thabit juga baginda naik ke atas 'Arasyh..."
alZarqani juga di dalam Sab'iyyat alHamdani berkata:
"Ada di dalam hadis bahawa baginda SAW bersabda: Maksudnya: "Pada malam Mi'raj, aku mahu menanggalkan sandalku, lalu aku mendengar seruan dari pihak Allah: "Wahai Muhammad , jangan kamu tanggalkan dua sandalmu itu. Kerana sesungguhnya Langit berbangga dengan adanya kedua-dua sandalmu itu." Lalu aku berkata: "Wahai tuhan, sesungguhnya Engkau telah berfirman kepada Musa: "Tanggalkan kedua sandalmu itu, sesungguhnya kamu (wahai Musa) berada di lembah Tuwa yang dimuliakan." Seruan itu berkata: "Wahai Abu alQasim (nabi Muhammad), hampirilah kepada-Ku. Kamu bukan seperti Musa di sisi-Ku. Baginda (Nabi Musa) itu Kalimullah (nabi yang berbicara degan Allah), manakala engkau (wahai Muhammad) adalah kekasih-Ku."

Sumber video : https://www.facebook.com/
Kata alZarqani: "(kisah ini) dikritik dengan kepalsuan, (kisah ini) tidak pernah disebut di dalam mana-mana hadis (yang sahih) setelah dilakukan pemerhatian yang menyeluruh." (Syarh lMawahib alLaduniyyah 8/217)
Simak video penjelasan Ust. Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Sumber video : https://youtu.be/I-n-GYH9
Baca juga artikel berikut :
- HADITS PALSU KE'UTAMA'AN MENYIMPAN/MEMAKAI, GAMBAR SANDAL NABI ﷺ.
- Memuji Ahlul Bait Keluarga Nabi Muhammad SAW, Apa Hukumnya?
- Sufi, Benarkah Itu Ajaran Nabi?
- Ilmu Filsafat, Perusak Akidah Islam
- BAGAIMANA PANDANGAN ISLAM TENTANG ILMU FILSAFAT?
- Keyakinan Kaum Sufi/Tashawwuf/Thariqah (Tarekat), Islam Liberal dan Filsafat (filusuf)
- Tari Sufi bolehkah dalam Islam?
- Penyimpangan Muhammad Alawi Al-Maliki
- Keturunan Nabi, Ba Alawi, Ternyata Palsu?
Komentar
Posting Komentar